Ahad, 8 Ogos 2010

Pendahuluan

Chew Loon Heng
204160



 
  Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah.

Objektif pelaksanaan

Nawal Fa'iqa
204449


  Aktiviti kokurikulum telah diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.Antara objektif pelaksanaannya ada seperti menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,jasmani dan emosi murid-murid.


  Selain itu,aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid di sekolah dan di antara sekolah.
 Aktiviti kokurikulum juga dapat membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.

Jenis-jenis kokurikulum

Shazwani Azyan Bt Ab Rahman
204353

   
   
  Terdapat 3 jenis kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia, aktiviti tersebut ialah unit beruniform, kelab persatuan dan sukan permainan.
   Unit beruniform seperti persatuan bulan sabit merah(PBSM) telah memberi peluang kepada pelajar mencuba pengetahuan/pengalaman tentang cara-cara memberi rawatan kecemasan serta mewujudkan disiplin dalam pasukan dan melatih kepimpinan.
 
  Persatuan dan kelab seperti persatuan bahasa melayu melatih pelajar untuk pergi lebih jauh terhadap bidang yang mereka minati dengan mengadakan pertandingan.
 
  Sukan dan permainan seperti bola sepak dapat memberi pengetahuan kepada pelajar-pelajar tentang ilmu anatomi,iaitu berkenaan sistem otot dan pembinaan otot yang kuat.

Kepentingan dalam pembentukan sahsiah.

Nurjavina Nurun
204140


  Aktiviti kokurikulum dibangunkan untuk mengimbangi perkembangan individu secara menyeluruh sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi JASMANI,EMOSI,ROHANI dan INTELEK.
 
  Penglibatan secara langsung pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan dapat memupuk keyakinan jati diri,kebolehan berinteraksi dan sosialisasi,keupayaan mengurus diri dan kumpulan,kepimpinan serta perkembangan sahsiah yang murni secara berterusan.
 
  Sacara jangka panjang aktiviti kokurikulum yang disertai di sekolah akan membantu pelajar menghadapi cabaran masa depan dengan lebih yakin,bermotivasi,berkebolehan dan berketerampilan.


Kepentingan dalam permohonan ke IPTA

Fatimah Salim
204599


  Aktiviti kokurikulum menjadi pelengkap kurikulum dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 
  Aktiviti ini tidak boleh ambil ringan oleh pelajar kerana markah kokurikulum penting dalam penentuan susunan merit pelajar.
 
  Dalam kedudukan merit yang sama markah kokurikulum akan digunakan sebagai markah penentu.
    Pelajar yang makah kokurikulumnya rendah akan disusun di bawah pelajar yang memperoleh markah kokurikulum yang tinggi.

Pengiraan markah kokurikulum

Maisarah Bt Ab Wahid
204352

Markah purata dikira 2 daripada 3 bidang yang terbaik yang ditetapkan iaitu bidang sukan/permainan,pasukan beruniform dan kelab/persatuan.Jumlah markah adalah 10 markah.

contohnya:

sukan/permainan       : 85%
pasukan/beruniform  : 68%
kelab/persatuan         : 79%

Jumlah markah  : (85%+79%)/2=82%

Kokurikulum Pelengkap Akademik.

Nurul Fathin  Bt Abdul Aziz
204609

  Pembahagian masa dan tenaga sangat penting untuk mengimbangkan antara kokurikulum dan akedemik tanpa meminggirkan salah satu daripadanya.Justeru itu,penilaian atau pemarkahan diambil kira sebanyak 10 peratus dalam aktiviti kokurikulum bagi melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT). Pelajar perlu melibatkan diri dalam sukan,pakaian seragam,kelab dan persatuan di peringkat sekolah sehingga peringkat antarabangsa.Jawatan dan penglibatan pelajar di dalam aktiviti kokurikulum akan ditentukan mengikut merit yang telah ditetapkan